Sabtu, 9 Mac 2013

Teruskan langkahmu wahai pejuang




Teruskan langkahmu..
meskipun berbagai onak duri mengiringi perjalananmu....



Teruskan langkahmu...
kerana kamu tahu matlamatmu..
apa mahumu..



teruskan langkahmu...
meskipun kadang-kala ujian keperitan datang menyapa
menjadikan kamu lemah, tidak berdaya..



Hapuskan air matamu..
kerana kamu tahu.... ALLAH disisimu...
Apa perlu digusarkan akan fatamorgana dunia yang sementara..
kelak kamu tetap akan kembali kepadaNYA..
PENCIPTA yang kau rindukan selalu...


Wahai tuhan...
sungguh gusar hati kami..
apakah pandanganMU terhadap kami..
redhakah ENGKAU akan hidup kami di dunia ini...


Sungguh kami insan lemah serba hina..
Tiada kekuatan melainkan kekuatan itu dari ALLAH semata..


ALLAH...
semoga hidup kami semata-mata demi memburu redha dan cintaMU....
inshaa ALLAH 

~Setiap apa pun yang terjadi
pasti terkandung hikmah yang tersembunyi...
maka jangan sesekali berputus asa akan rahmat ALLAH
Rahmat ALLAH itu maha luas..
selagi masih ada "MASA"
peluang masih lagi terbuka untuk memperbetulkan kesilapan..
ya...peluang "MASIH ADA"
:)
senyumlah..ALLAH setia disisimu selalu~


Tiada ulasan:

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye