Selasa, 1 Februari 2011

PERHIMPUNAN 1 JUTA RAKYAT MESIR

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Al-Jazeera.net/saluran astro 513


umum tidak mengetahui bilakah akan berakhirnya protes menggesa presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kemuncak perhimpunan 1 juta rakyat Mesir pada hari selasa ini.

Himpunan jutaan rakyat Mesir Hari Ini

KAHERAH 31 Jan. – Penunjuk perasaan Mesir hari ini menyeru supaya rakyat negara ini melancarkan mogok dan mengadakan perhimpunan berjuta-juta orang di Kaherah esok (1 Febuari)bagi meningkatkan gesaan menuntut perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.
Seorang penunjuk perasaan yang juga penganjur, Eid Mohammed berkata, mereka memutuskan untuk melancarkan mogok umum dan perhimpunan seramai berjuta-juta orang esok.
Pelancaran mogok itu buat pertama kalinya diseru oleh pekerja di bandar Suez lewat semalam.
“Kami akan menyertai pekerja Suez dan memulakan mogok umum sehingga permintaan kami ditunaikan,” kata seorang lagi penganjur protes, Mohammed Waked.
Di Dataran Tahrir, Kaherah, beratus-ratus penunjuk perasaan berkampung sepanjang malam tadi dalam usaha untuk mengekalkan momentum demonstrasi besar-besaran di negara ini dalam tempoh tiga dekad.
Mereka bertegas untuk tidak berganjak sehingga Mubarak meletak jawatan.
Sementara itu, Mohamed ElBaradei lewat semalam memberitahu sejumlah besar penunjuk perasaan di Dataran Tahrir bahawa mereka kini sedang menuju ke era baru.
“Kita adalah di pihak yang benar, kekuatan kita ialah pada jumlah yang menyertai protes ini. Saya minta anda bersabar kerana perubahan akan tiba.

“Kita perlu berkorban jiwa dan darah untuk negara,” kata beliau sambil disambut oleh penunjuk perasaan dengan berteriak ‘Rakyat mahu gulingkan Presiden’. - AFP

Tiada ulasan:

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye